onnat_minti (onnat_minti) wrote in aural_atresia,
onnat_minti
onnat_minti
aural_atresia

Postrock Dari Tanah Besar China

Sempena temasya sukan olimpik yang bakal dilangsungkan dalam masa beberapa hari lagi ini.Aku ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan 2 buah band yang berasal dari negara China iaitu :


Wang-Wen

           

Ditubuhkan pada tahun 1999 di Dalian,China oleh 2 orang gitaris yang pada ketika itu amat menggilai band "The Smashing Pumpkins". Pada ketika itu,band ini masih lagi tidak bernama,sehinggalah pemain drum mereka menyertai band ini dan seterusnya menamakan band ini sebagai "Wang-Wen".Perubahan demi perubahan telah banyak berlaku di dalam band ini (perubahan anggota kumpulan dan konsep hala tuju muzik) yang mana ini telah banyak membantu mereka menjadi salah sebuah band "posrok" yang berpengaruh di China.
Pada bulan Jun yang lepas, mereka telah memulakan "tour" mereka yang pertama di Eropah sambil mempromosikan album mereka yang terbaru yang bertajuk  "IV".

Hualun

              

Ditubuhkan pada bulan November 2004 di Wuhan, China. Pada mulanya band ini memainkan muzik berkonsepkan "brit-pop" tetapi kemudiannya bertukar menjadi "posrok" selepas terjadinya beberapa penukaran anggota kumpulan.Pada bulan Jun 2007, band ini telah memulakan "tour" mereka yang pertama yang melibatkan 13 buah bandar dan ini secara tidak langsung telah berjaya meletakkan nama mereka sebaris dengan nama -nama besar "posrok" di China.
Pada bulan Jun yang lepas,band ini telah mengeluarkan album mereka yang bertajuk "Silver Daydream" di bawah label Fox Tail (Wang-Wen juga dibawah label ini)


<>Untuk Ahli Komuniti Sahaja
Tags: china, olimpik, posrok
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    Comments allowed for members only

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments