onnat_minti (onnat_minti) wrote in aural_atresia,
onnat_minti
onnat_minti
aural_atresia

Tahniah deepset!


Disini aku ingin mengucapkan sekalung tahniah buat kumpulan deepset kerana telah berjaya melahirkan album mereka yang pertama bertajuk "the lights we shed shall burn your eyes".
Terdapat 6 buah lagu telah dimuatkan didalam album ini dengan durasi selama lebih kurang 53 minit.

  

Tajuk Lagu:

1. Put Your Dreams To Sleep  (4.40 minit)
2. Where Were They (When The Fun Went Out?) (7.20 minit)
3. Close To A Cure (8.02 minit)
4. Have You Ever Dance With The Devil Under The Pale Moonlight? (8.15 minit)
5. If You Can Still Hear This Whispering, You Are Dying (12.00 minit)
6. Every Instance In Time Is A Journey Of Hope (12.42 Minit) * lagu feveret aku!

Sila dapatkannya dengan harga Rm 15 (cd sahaja) dan RM 35 (beserta dengan baju kemeja T kumpulan deepset)
Berbaloi untuk dijadijan koleksi! Bila lagi kita dapat tengok band posrok tempatan rakamkan album dowh? Sebelum ni pun kumpulan Damn Dirty Apes dengan Furniture je laa kot yang dah ada album.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web mereka di :

www.myspace.com/deepbeep

Syabas deepset!

Owh ya, mereka bakal mengadakan majlis pelancaran album pada 29 Ogos ini bertempat di Wondermilk (Damansara Uptown) pada pukul 9 malam. Masuk adalah percuma!
Kumpulan yang turut sama dijemput untuk bermain pada malam tersebut: Sforzando! dan Teenage Glory For The Wasted.
Tags: berita, deepset, tempatan
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    Comments allowed for members only

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 1 comment