?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

sgt.




Antara band favourite aku dari Jepun  tapi telah kurang diketengahkan oleh media massa kerana albumnya yang sukar didapati dan terhad. Ditubuhkan pada 1999 , band ini telah mengeluarkan 1 mini album 'Perception Of Causality' (2005) - (di mastering oleh Mino Takaaki (Toe) )  kemudiannya  1 Split  bersama  band Good  Music dibawah tajuk ' Sggmt!!' (2006) dan 'Sgt. with Damo Suzuki (live at Shimokitazawa)' pada 2007.
Dibintangi oleh Kouji Akashi (Bass) Mikiko Narui (Violin) dan Hitoshi Ono (Drum) , [*Sgt. masih tidak mempunyai guitarist yang tetap*] mereka dari Tokyo dan dibawah selian Penguin Market Rec.


Gabungan bunyian dari bass + guitar + violin +drum Sgt. pada kadar yang seimbang dan dari segi elemen posrok + jazz + ambient + emosi nya yang menjurus kearah modern-classical membuatkan si pendengar terus menantikan hasil seterusnya dari band ini . Jika anda pernah mendengar band Magyar Posse dari Finland, band ini adalah 'kembar bukan siamnya' di Jepun . Sound music mereka seakan sama tapi yang membezakannya ialah, Sgt. lebih menekankan  'keseragamanan dan ketepatan muzik ' mereka , malah elemen elemen ke'Jepun'an masih kedengaran dalam setiap lagu mereka.

Ya, memang setuju jika dikatakan band band dari Jepun (eg. Miaou, Toe, té , Anoice, Matroyshka etc.) mengekalkan imej 'fair play' , permainan muzik yang bersih serta kemas, dan ia adalah sebab utama yang membezakan mereka lain dari band barat amnya.

Antara koleksi album mereka :


Perception Of Causality  
Sggmt!!        
Sgt. with Damo Suzuki (live at Shimokitazawa ERA)

<>2 albums link

Tags:

Comments

( 2 comments — Leave a comment )
onnat_minti
10th Jul, 2008 10:46 (UTC)
Sangat Best!
mikiko pun sangat comel!
dem, tamaki bini no1 mikiko bini no2 sawako bini no3 water fai bini no 4,5,6,7...perghh nak kawin 10 aaa cmnih! hahaha
leesunlay
10th Jul, 2008 11:39 (UTC)
mcm abuya .haha

hmm kenapa user lain jd silent leecher je nih.
( 2 comments — Leave a comment )